Wednesday, March 10, 2010

Sorry...... itu bukan opsyen saya.....

Aku paling meluat dengan ayat itu. Guru seharusnya versatile. Setiap tahun aku ditugaskan menyusun jadual waktu sama ada untuk permulaan sekolah atau pun untuk guru baru. Ingat senang ke nak susun jadual? Kalau di layan memang boleh mati kita dibuatnya. Kerenah guru baru kadangkala memualkan. Macamlah terror sangat dengan subjek opsyen dia tu. Pada aku guru seharusnya serba boleh. Guru yang baik seharusnya menjadi penyelesai masalah dan bukan menambah masalah. Isu lambakan guru di satu-satu kawasan seharusnya tidak wujud jika warga pendidik tidak terlalu cerewet dengan opsyen mereka. Sikap guru dulu harus dipuji. Masalah opsyen tidak wujud, dan akhirnya berjaya juga melahirkan para cendekiawan. Malas aku nak cerita....... semua orang dah bijak-bijak belaka...?@#$%&*

Saja nak PROVOK.........?@#?$%

Isu PIPP sebenarnya dah lama. Tapi aku paling tak puas hati dengan isu kepakaran guru. Dimaklumkan bahawa bagi mengiktiraf kepakaran seseorang guru, kelulusan ijazah pertama jadi penentu. Pada aku kelulusan ijazah pertama hanya catatan di atas kertas. Kenapa??? Kerana kebanyakan guru yang sambung belajar memilih bidang yang mudah kepada mereka untuk lulus. Ini disebabkan mereka telah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab ke atas anak-anak. So tujuan mereka sambung belajar hanya untuk meningkatkan pendapatan sahaja.
Tambahan pula tiada perbezaan tangga gaji antara mereka yang berkelulusan bidang sains, matematik, sejarah,bahasa dll apabila tamat pengajian kecuali bidang teknikal. Pihak yang berkenaan perlu melihat pencapaian pelajar yang diajar oleh guru tersebut kerana ia menggambarkan samada guru ini benar-benar berkepakaran atau tidak. Kepakaran sebenarnya boleh diukur dari berbagai cara iaitu sama ada dari sudut pemilikan ilmu, penyampaian ilmu dan pengaplikasian ilmu. Sehubungan itu adalah tidak adil bagi sesetengah guru yang perform dalam pengajaran bukan opsyen dan kejayaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak disebabkan subjek yang diajar, bukan opsyen beliau sewaktu memperoleh ijazah pertama........
Jika pihak berkenaan ingin mengukur kepakaran dalam bidang dari segi pemilikan ilmu, kelulusan ijazah kedua boleh diguna pakai kerana mereka yang menyambung pelajaran peringkat master ini menyambung pelajaran bukan disebabkan perubahan tangga gaji tetapi hanya untuk meningkatkan ilmu. Renung dan fikirlah........

Bersama kita berusahan memartabatkan dunia pendidikan!!!!!!

Diammmm!!!!!!!!

Tekak aku dah mula sakit. Kenapa? kerana aku terpaksa menjerit bagi membolehkan anak-anak didik ku mendengar pengajaran ku. Kenapa? ada construction ke? No..no....no...no..... kelas sebelah hiruk pikuk dengan kebisingan pelajar. Mungkin ada aktiviti kerja berkumpulan. Aku tak boleh tahan lagi, anak-anak didik ku dah mula tak tenang. Konsentrasi dah terganggu. Aku dengan perlahan terus meninjau ke kelas sebelah.... Dari penjuru belakang kelas dapat ku lihat guru baru itu sedang mengajar dengan penuh semangat. Tapi.... kenapa pelajar bising? Sesekali guru tersebut memukul meja dengan pembarisdan menjerit meminta pelajar menumpukan perhatian. Bingung aku..... kenapa jadi begini? Melihat aku berdiri di belakang kelas... pelajar serta merta bergegas duduk di tempat masing-masing dan senyap. Guru baru yang dari tadi mengajar dan mengetuk meja..... tersenyum pahit. Maaf .....aku tidak bermaksud untuk berlagak jaguh. Namun keadaan ini perlu diperbetulkan.
Sedang aku leka menanda buku anak didik ku.... datang guru baru tersebut kepada ku. "Kak, maaf tadi budak-budak bising. Diorang tak mahu dengar cakap saya." Aku senyum, lalu memberi tips padanya sebagaimana ayah ku berikan kepada ku dahulu. Ayah ku berkata, "Mengajar ni jangan banyak berceghabih, pelajar akan boring. Banyakkan budak buat aktiviti. Barulah pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan."

Kepada bakal-bakal guru....... timbalah ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin dari pensyarah dan guru yang berpengalaman sepanjang kamu mendapat latihan di ipg. Usah malu untuk bertanya. Semoga kalian menjadi guru yang benar-benar kompeten.

Cikgu @ Pendidik??????

Hmmm...... yang mana ek? Cikgu atau pendidik?

Assalamualaikum CIKGU.....

Perjalanan hari ini terasa panjang. Aku memandu sendiri. Suami ku ke Miri. Celoteh dj di radio menjadi peneman sepanjang perjalanan ku ke tempat kerja. Pernyataan ikhlas seorang pemanggil menjadikan aku pemikir. Betapa besarnya peranan ku sebagai pendidik. Mengimbau pengalaman ku sewaktu bertugas di sekolah. Tergambar segelintir pendidik yang dengan mudah melabelkan pelajar dengan perkataan bodoh, tidak pandai, bebal, bangang, pemalas dsbgnya. Terkejut, marah ............. kenapa? Kerana bangsa ku dilabelkan begitu........ kerana aku rasa tak wajar begitu.......tapi lama-lama alah bisa tegal biasa. Aku dah tak ambil peduli dengan sikap cikgu itu. Malas nak layan demi menjaga keharmonian. Lagi pun siapa aku hendak menegur?

Timbul dua persoalan di kepala ku waktu itu yang sehingga kini masih belum dapat jawapan yang mutlak. Adakah dia (pelajar) memang bodoh? atau kita(guru) yang tak pandai mengajar? Sesungguhnya Allah tidak pernah membezakan hambanya. Yang membezakan antara mereka adalah usaha dan amalannya. So..... apakah pendapat guru-guru yang bijaksana?

Untitled Document

Untitled Document