Saturday, March 6, 2010

Tinta untuk CIKGU..........

Cikgu itu..... mesranya pada wajah,
Cikgu itu..... tegasnya mencorak laku,
Cikgu itu..... pakarnya menguasai ilmu,
Cikgu itu..... ikhlasnya hati budi,
Cikgu itu..... jasanya dihitung,

Hari ini...... esok.......... dan selamanya........................

Pendidik dulu, kini dan selamanya........

Ramai orang kata, "cikgu sekarang tidak sama macam cikgu dulu". "Cikgu sekarang cuma nakkan gaji tinggi tak macam cikgu dulu". Betul ke?

Alahai Bangsa Ku.............

Dalam keghairahan bangsa lain mengejar kemajuan, masih ada segelintir manusia yang masih terlena. Sebagai pendidik seharusnya kita telah jauh melihat kehadapan. Segala tenaga digembeling untuk meningkatkan kualiti pendidikan tetapi....... masih terdapat golongan yang masih sibuk memikirkan perkara yang remeh temeh menjaga tepi kain orang. Menjaga tepi kain orang sememangnya baik jika kena pada tempatnya tetapi jika tindakan tersebut sehingga mengharamkan sesuatu yang halal....... ini namanya.......DAH TAK ADA KERJA LAIN NIH!!!!!

Sekadar Renungan

Dalam kemajuan hidup ini, semakin banyak manusia berhati binatang. Rasa marah, geram, sakit hati, kecewa..... segala-galanya bercampur baur. Anak-anak kecil di dera tanpa belas. Kejam...Timbul persoalan.... mengapa ini semua berlaku? Dimanakah silapnya? Apakah ini salah pendidik mendidik sehingga gagal melahirkan insan yang berhati manusia? Sesuatu yang perlu sama-sama kita warga pendidik renungkan bersama. Kerana..... mereka semua melalui proses pendidikan. Apakah peranan kita sebagai pendidik?

Friday, February 12, 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

Selamat datang ke laman blog ini semoga kita dapat bersama-sama memanfaatkannya.
Salam perkenalan dari saya.